Tuesday, 26 April 2016

Apa itu KAUNSELING????

Assalamualaikum semua pengunjung blog...

Entri saya yang pertama ini adalah untuk berbincang mengenai apa itu Kaunseling????

Jika disebut perkataan kaunseling, pasti yg terlintas di fikiran adalah

 BERMASALAH = TIDAK BERDISIPLIN

Semua tanggapan adalah menjurus kepada yang bersifat Negatif sahaja...

Jadi, kita ketahui dahulu apa yang dinamakan sebagai kaunseling...

"KAUNSELING sebagai satu proses perhubungan menolong yg sistematik berasaskan prinsip psikologi yg dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yg baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling - PERKAMA"

Secara ringkas nya .....

KAUNSELING => PERHUBUNGAN MENOLONG => HASILKAN PERUBAHAN,PERKEMBANGAN & PENYESUAIAN PERIBADI => IKUT ETIKA KAUNSELING

Oleh yg demikian, seseorang yg menghadiri sesi kaunseling bukanlah mereka ini individu yg bermasalah dan tidak berdisiplin, tetapi lebih kepada untuk membawa perubahan dan perkembangan diri dalam menghadapi perkara yang sedang dilalui olehnya...

Seseorang yg memerlukan perkhidmatan perhubungan menolong ini perlu berjumpa dengan Kaunselor yang terlatih.